Panasnya Hari Ini

Selesaikan Dengan Baik – Wan Azizah

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: “Saya harap isu ini (perselisihan faham Azmin dan Guan Eng) dapat diselesaikan dengan baik,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata demikian bagi mengulas mengenai perselisihan faham antara Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin dengan Lim Guan Eng.

Perselisihan faham itu terjadi ekoran pengguguran dua wakil rakyat PKR daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Pulau Pinang.

Tegasnya, ia seharusnya diselesaikan dengan cara baik untuk mengelakkan isu tersebut berterusan.

Terdahulu, Azmin dilaporkan berkata, PKR akan menghantar surat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Jelasnya, PKR tidak gembira dengan penyingkiran dua wakilnya di Pulau Pinang daripada Penang Hill Corporation dan Invest Penang and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat kepada syarikat pelaburan kerajaan negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara itu, Guan Eng telah membidas campur tangan Azmin dengan berkata Timbalan Presiden PKR itu sepatutnya tahu keputusan dibuat kerajaan negeri perlu diikuti ahli parti pemerintah atau gabungan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");