Perak Hari Ini

Shamsul Puas Hati Dengan Persembahan Pertama TBG

IPOH: Jurulatih skuad The Bos Gaurus (TBG), Shamsul Mohd Saad ternyata berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemainnya dalam perlawanan menentang skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) di Stadium Perak, malam tadi.

Shamsul berkata, beliau menerima keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan malam tadi dan ianya adil untuk kedua-dua pasukan.

“Saya cukup berpuas hati walaupun pada dasarnya kami ada beberapa peluang yang saya rasa kita boleh buat yang lebih baik untuk menjaringkan gol.

“Tapi keputusan seri tanpa jaringan adalah satu keputusan yang adil untuk kedua-dua pasukan,”katanya ketika ditemui, malam tadi.

4

Mengulas mengenai pemain import pula, Shamsul turut berpuas hati dengan prestasi dan persembahan yang dipamerkan malam tadi.

“Eric Week Lewis merupakan pemain import terakhir yang kami tandatangani. Sebenarnya dia hanya menjalani latihan sebanyak tiga kali sahaja dan saya cukup risau kombinasi dia dengan pemain lain, tetapi saya cukup puas hati pada persembahan malam tadi.

“Cuma ada beberapa pemain yang saya tengok seperti Elias Fernandes yang perlu menambah stamina kerana saya tengok di akhir-akhir permainan dia sudah mula perlahan.

“Manakala Vokhid Shodiev perlu meningkatkan lagi prestasi beliau. Bagi Thiago Junior Aquido pula, beliau menunjukkan prestasi dan komitmen yang cukup tinggi,”ujarnya.

Beliau yakin bahawa keempat-empat pemain import TBG yang dipilih mampu menyumbangkan sesuatu yang baik untuk pasukan Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");