Membawang Hari Ini

Siapa Haris Baba, Zayn Malik Asia?

NAMA Haris Baba barangkali masih asing di Malaysia. Namun di negara asalnya, Singapura, dia dikenali dengan jolokan nama Zayn Malik Asia.

Memiliki wajah dan penampilannya persis anggota One Direction, Haris kini giat mencipta nama di Malaysia.

Terbaharu, Haris bakal muncul dalam telefilem Cinta Viral yang menggandingkannya dengan pelakon Elfira Loy sebagai watak utama.

Telefilem tersebut bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 14 Februari ini, jam 10.30 pagi di TV1.

Ia turut dibintangi Sweet Farhana, Sharifah Shahora, Azhan Rani, Mimi Lana, Mahmood Ali Bashah, Ahmad Aidit Nor dan Muhamad Akmal Alif.

Cinta Viral mengisahkan Sam, pelajar lelaki yang terkenal di sekolah kerana mempunyai wajah yang kacak dan berbakat bermain muzik.

Sementara Solehah, pelajar sekolah sama yang digelar gadis nerd oleh rakan-rakannya. Solehah merupakan pelajar yang dilihat kurang berkeyakinan dan sering menjadi mangsa buli.

Solehah juga seperti pelajar perempuan yang lain, jatuh hati terhadap Sam namun, hanya dari jauh. Solehah juga menjadi pengikut setia Sam di YouTube.

Solehah sering meninggalkan komen-komen yang membina dan memberangsangkan di situ biarpun Solehah tahu Sam tidak akan membaca komennya kerana banyak lagi komen-komen daripada peminat Sam.

Sam juga sebenarnya telah mempunyai teman wanita di sekolah yang sama iaitu Mel. Mereka berkongsi minat muzik yang sama. Namun sikap cemburu Mel merimaskan Sam.

Solehah sendiri tidak berani untuk mendekati Sam kerana dia tahu sikap Mel.

Bagaimanapun, berlaku konflik di antara Sam dan Mel sehingga membuatkan Sam mendekati Solehah.

Justeru, apakah akan wujud cinta antara Sam dan Solehah? Bagaimana pula dengan Mel? Saksikan jawapannya di dalam telefilem Cinta Viral.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");