Perak Hari Ini

Sisa Toksik: Amaran Keras Kepada Pihak Industri

PULAU BANDING: Kerajaan negeri memberi amaran keras kepada semua pihak sama ada pemilik kawasan perlombongan atau industri supaya tidak mengalirkan sisa-sisa toksik dan kimia ke dalam sungai sehingga menyebabkan pencemaran berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya perkara tersebut berlaku.

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak mencemarkan sungai seperti yang berlaku sebelum ini apabila kita mendapati ribuan ikan mati di Sungai Rui sehingga masuk ke Sungai Perak, kita tidak akan bertolak ansur.

“Saya telah maklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melihat puncanya di mana. Kalau tidak sampai bila-bila ia tidak akan selesai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Pengusaha Pelancongan Tasik Temengor, di sini, hari ini.

Katanya lagi, meskipun syarikat berkenaan telah lama beroperasi, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dalam isu tersebut.

“Kerajaan negeri memandang serius kerana kematian ikan ini dikatakan berpunca daripada pengaliran bahan-bahan kimia.

“Saya beri amaran kepada mereka walaupun syarikat-syarikat besar, walaupun sudah lama beroperasi sekalipun, kita akan mengambil tindakan jika kita dapati mereka bersalah,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");