Panasnya Hari Ini

Skandal RM2.6b, SRC International : Muhyiddin Terima Taklimat Sebelum Disingkirkan

KUALA LUMPUR: Sebelum disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang ‘derma’ RM2.6 bilion dan kes SRC International Sdn Bhd.

Katanya, beliau mendapat taklimat tersebut daripada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Saya tahu lebih daripada apa yang anda tahu. Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.

“Saya tidak berbohong,”katanya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Tambah Muhyiddin lagi, Abdul Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan perkara berkaitan siasatan tersebut kerana ketiga-tiga pihak sedar, sebagai pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin juga berhak mengetahuinya terutama isu tersebut melibatkan Perdana Menteri yang juga presiden UMNO.

“Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilihat tidak berani mendakwa Najib berhubung siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International.

Jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, panel pengawasan SPRM telah mengkaji semula perkara tersebut dan badan itu mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.

“The question is, whether he is brave enough to do it or not (persoalannya ialah, sama ada dia cukup berani untuk melakukannya atau tidak).

“Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia akan ambil tindakan,”tegasnya.

Kata beliau lagi, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat bukti-bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya yang boleh diambil ke atas Najib.

“Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. Tiga juta bayar kad kredit dan bayar yang lain-lain.

“Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan,”ujarnya.

Muhyiddin turut dilaporkan berkata, Apandi meminta agar kes itu ditutup kerana beliau tidak mempunyai keberanian untuk merangka pendakwaan terhadap Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");