Sukan Hari Ini

Brunt berang tindakan peminat lontar syiling

London: Pertahanan West Brom Chris Brunt dibaling dengan duit syiling oleh peminat kelabnya selepas pasukannya tewas pada pusingan kelima Piala FA di tangan Reading dan insiden itu dianggap sebagai tidak bertamadun oleh pengurusnya.

Brunt pernah menerima tepukan dan pujian penyokong Albion sebelum ini tetapi kekalahan 1-3 kepada pasukan divisyen dua itu mengakibatkan segala-galanya berubah dan dia terpaksa menutup mukanya bimbang dicederakan selepas peminat yang berang dengan persembahan pasukan, membaling duit syiling ke arahnya.

Brunt yang juga pemain kebangsaan Ireland Utara bertelagah dengan sekumpulan penyokong Albion sebelum ditarik keluar oleh kapten Darren Fletcher yang terpaksa membuka bajunya untuk diserahkan kepada peminat.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, peminat membaling duit syiling ke arahnya dan pantas meluahkan rasa kecewanya apabila diperlakukan sedemikian.

“Saya sedang menuju ke arah penyokong selepas perlawanan dan mungkin mereka berasakan tindakan membaling duit syiling kepada saya itu tidak salah. Saya jijik dengan perbuatan itu,” kata Brunt.

“Jika mereka datang kepada saya dan berkata tidak suka dengan apa yang mereka lihat, itu tidak menjadi masalah. Saya faham mengapa peminat kecewa apabila kami mendahului 1-0 tapi tewas.

“Mereka mengeluarkan belanja untuk datang menyokong kami tapi sebahagian kecil daripada mereka merosakkan segala-galanya. Ada kanak-kanak yang turut menyaksikan perlawanan itu. Saya jijik dan malu dengan apa yang mereka lakukan.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");