Perak Hari Ini

Terdengar Letupan Di Tingkat Atas

BATU KURAU: Lima sekeluarga terselamat dalam satu kejadian kebakaran rumah dua tingkat yang didiami mereka pada petang semalam di Batu 14, di sini.

PERAK TODAY 2
Zainab Abd Rahman

Dalam kejadian tersebut, seorang warga emas, Zainab Abd Rahman 66, sedang berehat di bahagian bawah rumahnya selepas menikmati makan tengah hari.

Beliau bersama menantunya yang baru bersalin seminggu lalu bersama tiga lagi cucunya sedang berehat sewaktu mendengar bunyi letupan di bahagian atas rumahnya.

Mendengar letupan tersebut, Zainab bergegas naik ke tingkat atas rumahnya dan terkejut melihat api yang sedang marak.

“Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang selepas makan tengah tengah hari. Saya bersama menantu, Rubiah Majid 35, dan tiga lagi cucu termasuk cucu yang baru lahir berusia seminggu sedang berehat di bawah.

“Sewaktu saya naik itu pun, api sudah marak dan saya bergegas turun semula ke bawah dan meminta menantu dan cucu-cucu saya keluar,”katanya.

Tambah Zainab lagi, beliau tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen-dokumen penting di dalam kebakaran tersebut.

PERAK TODAY 1

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Mohd Taufiq Abd Satar ketika ditemui di tempat kejadian tersebut berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 3.40 petang.

“Selepas menerima panggilan, tujuh anggota dengan tiga jentera bergegas ke tempat kejadian dan tiba sekitar jam 4 petang.

“Sewaktu sampai di tempat kejadian, api masih marak disebabkan keadaan rumah yang separuh kayu dan separuh batu,”ujarnya.

Jelasnya lagi, pasukannya turut melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap di dalam rumah.

Ujarnya lagi, pihaknya mengambil masa selama 30 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran dengan menggunakan sumber air dari sungai yang berdekatan.

“Sebelum pasukan BBP Kamunting tiba, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batu Kurau dengan kekuatan tujuh anggota telah membantu memberi bantuan awal.

“Antara yang sempat diselamatkan ialah bahagian belakang rumah dan barangan kemas,”ujarnya.

Mengulas lanjut, jumlah kerugian pada peringkat awal dianggarkan sekitar RM300,000 termasuk rumah dan isi kandungan rumah berkenaan.

Tambahnya, punca kebakaran akan diketahui selepas mendapat keputusan daripada pihak forensik jabatan bomba.

Sementara itu, Ahli Parlimen Larut merangkap Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut hadir ke rumah mangsa menghulurkan bantuan awal kepada keluarga malang tersebut.

PERAK TODAY 3

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");