Sukan Hari Ini

Barcelona cuba dapatkan Mahrez

BARCELONA dilaporkan cuba membawa perancang Leicester City, Riyad Mahrez ke Nou Camp pada jendela perpindahan akan datang.

Memetik laporan Goal.com, Kelab Catalan itu dikhabarkan sudah menyediakan dana yang besar bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Ketika ini, Mahrez sedang dalam rundingan dengan The Foxes untuk memperbaharui kontrak dan Leicester sedia menaikkan gaji pemain itu.

“Barcelona sedia menawarkan £25 juta (RM 117 juta) dan harga yang tinggi itu kelihatan amat sukar untuk ditolak oleh pengurusan Leicester,” katanya.

Bagaimanapun, Barcelona dijangka menerima saingan daripada Arsenal dan Chelsea untuk menandatangani Mahrez.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");