Jenayah

Terjun sungai elak diberkas

KOTA TINGGI: Empat lelaki bertindak terjun ke dalam sungai selepas kenderaan curi jenis Honda Civic berwarna hitam yang dinaiki terbabas ketika cuba melarikan diri daripada dikejar kereta peronda (MPV) Balai Polis Bandar Penawar, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, SuperintendanRahmat Othman berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu berlaku ketika Konstabel Zamzuri Zakaria bersama rakan tugasnya melakukan rondaan MPV di kawasan Bandar Penawar.

Menurutnya, mereka kemudiannya terserempak dengan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Mados, Bandar Penawar.

Katanya, anggota MPV cuba menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan, tetapi pemandunya enggan berhenti dan terus memecut ke arah Kuala Sedili.

“Semasa mengejar kereta suspek, beberapa objek turut dibaling keluar dari kereta tersebut ke arah kenderaan MPV. Salah satu objek terkena cermin depan MPV dan menyebabkan retak serta bonet berlubang.

“Dengan bantuan anggota Balai Kuala Sedili, anggota trafik dan beberapa penduduk kampung, kenderaan suspek berjaya dikesan di kawasan Kampung Gembut. Kenderaan suspek kemudian terbabas lalu terjunam di tebing sungai Ulu Kuala Sedili,” katanya.

Rahmat berkata, empat lelaki di dalam kereta terbabit bertindak terjun ke dalam sungai dan berjaya meloloskan diri serta gagal dikesan.

Menurutnya, kenderaan suspek ditarik ke Balai Polis Kuala Sedili dan hasil semakan mendapati kereta berkenaan dilaporkan hilang pada hari sama di Taman Sri Saujana.

“Pemeriksaan di dalam but kereta menemui satu laras senapang angin tanpa jenama berukuran kira-kira 35 inci dan dua unit pemotong besi ukuran panjang 29 inci berwarna biru serta hitam.

“Kita telah kenal pasti suspek dan usaha mengesan masih diteruskan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");