Berita Hari Ini

Tiada ancaman tsunami susulan gempa Papua New Guinea

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada negara ini susulan kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di luar pantai Pulau Bougainville, Papua New Guinea tengah malam tadi.

Menurut jabatan itu, lokasi gempa bumi 4,193 kilometer dari tenggara Semporna, Sabah tidak memberi sebarang kesan kepada negara.

“Ini adalah maklumat akhir berkaitan kejadian gempa bumi itu melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan,” menurut kenyataan jabatan itu awal pagi tadi.

Sementara itu, jabatan berkenaan turut meningkatkan amaran angin kencang dan laut bergelora dari kategori dua kepada tiga untuk kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak dan Labuan.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk kawasan di Pedalaman, pantai barat dan Kudat, Sabah.

“Angin kencang timur laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di semua kawasan itu.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga lewat hari ini,” menurutnya.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan untuk kawasan di kawasan perairan Sarawak di Kuching, Bintulu dan Mukah, yang mana ia akan menyebabkan angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

“Semua keadaan itu ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurutnya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");