Panasnya Hari Ini

Khairuddin Tidak Berniat Mempersendakan Agama- Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS menyifatkan tindakan ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian menyerupai dewa Cina, Dewa Cao Guo Jin pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini bukannya dilakukannya dengan dengan niat untuk mempersenda agama Islam.

Memetik laporan Freemalaysiatoday, pendapat itu dilontarkan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tindakan itu sebaliknya menyebabkan salah faham kerana tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.

“Merujuk kepada kes yang melibatkan saudara Yb Khairuddin Othman yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah oleh masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian dalam kalangan umat Islam adalah merupakan satu insiden yang mendukacitakan.

“Namun Dewan Ulama PAS pusat merasakan ia bukan dilakukan dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khairuddin yang juga Setiausaha PAS Selangor telah mengakui kesilapan dan menyatakan kesediaannya berhadapan dengan sebarang keputusan Majlis Syura Ulama (MSU).

Dewan ulamak PAS juga katanya berharap agar semua ahli-ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku yang membabitkan keagamaan supaya tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama dalam negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");