Sukan Hari Ini

TMJ: ‘Tahniah kepada pesaing’

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pesaing Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas penghasilan video pelancaran jersi masing-masing.

Menurutnya, sejak zaman Sultan Abu Bakar, sama ada ia adalah berkaitan negeri atau sukan, Johor mempunyai satu tabiat iaitu menjadi perintis dan merevolusikan sesuatu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka atas minda kreatif tersebut. Saya juga ingin mengingatkan penyokong JDT di seluruh negara dan rakyat Johor bahawa ‘action speak louder than words’.

“Mereka menafikan bahawa kita adalah peneraju dan jawapan saya kepada sebahagian mereka adalah cantik kerusi ‘bucket’.

“Ia adalah jelas sejak zaman Sul tan Abu Bakar, sama ada ia adalah berkaitan negeri atau sukan, kami mempunyai satu tabiat iaitu menjadi perintis dan merevolusikan sesuatu,” katanya seperti dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers, di sini, semalam.

Tunku Ismail mahu rakyat Johor berbangga dengan sejarah negeri yang unik dan juga tradisi Johor.

“Ia adalah satu peringatan yang baik buat kita untuk menjadi yang terbaik dan berkhidmat kepada negeri kita cintai.

“Matlamat kami adalah bersatu sebagai rakyat Johor dan menjadikan Johor sebagai tempat yang lebih baik pada masa akan datang untuk anak, cucu cicit kita,” katanya.

Pemilik Kelab Bolasepak JDT itu berkata, menjadi JDT adalah suatu yang sukar, oleh kerana terpaksa berdepan harapan tinggi penyokong dan sentiasa dicemburui sesetengah pesaing.

Katanya, ada juga sesetengah individu dan pihak mengatakan JDT atau dirinya tidak boleh melihat orang lain lebih sikit.

“Kenyataan tersebut adalah benar, kerana itu dipanggil pertandingan.

Dalam pertandingan, kami terpaksa menjadi lebih baik daripada pesaing kami dari semua aspek.

“Semua orang mahu mengalahkan kami dan semua orang mahu menjadi seperti kami. Ia adalah kebenaran tetapi juga menjadi JDT adalah istimewa,” katanya.

Beliau berkata, JDT jadikan semua bersatu, mengejar impian, dan ia memberikan sesuatu kebanggaan sebagai rakyat Johor dan penyokong JDT, untuk membuktikan apa yang negeri dan kelab mampu lakukan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");