Sukan Hari Ini

Tok Gajah belum setuju syarat penajaan Terlajak Laris

PAHANG masih berteka-teki untuk memberi persetujuan terhadap syarat penajaan ditetapkan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd yang menawarkan tajaan RM 15 juta kepada skuad Tok Gajah itu, lapor JANATUL FIRDAUS YAACOB.

Pengasas D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kecewa tindakan Pahang yang masih tidak bersetuju satu peratus sahaja lagi syarat sebelum penajaan dimulakan.

“Memandangkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) belum lagi setuju dengan satu lagi syarat saya itu maka terpaksa saya lanjutkan tempoh kepada seminggu.

“Mereka (PBNP) masih bincang dan saya perlu tunggu. Saya betul- betul serius nak taja Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.

Abang Terlajak Laris mendedahkan, dia kecewa sekiranya negeri kelahirannya itu gagal memberi persetujuan syarat yang dibincangkannya dengan PBNP sebelum ini.

Terdahulu jutawan produk kesihatan dan kecantikan itu memberi tempoh lima hari kepada PBNP namun mereka masih gagal memberi kata putus hal demikian tempoh perbincangan dilanjutkan seminggu lagi berakhir Khamis depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");