Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Ragui Kemampuan Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan keraguannya terhadap kemampuan Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sama ada mampu untuk menyumbang kepada kejayaan negeri itu.

Katanya lagi, penyingkiran anaknya, Datuk Seri Mukhriz, dari jawatan tersebut juga akan menjejaskan prospek Bashah untuk menunjukkan prestasi yang baik.

“Saya tidak fikir begitu, kerana sebelum ini beliau tidak menyumbang ke arah kejayaan Kedah,”katanya ketika menjawab sama ada Ahmad Bashah mampu membawa kejayaan kepada Kedah.

Terdahulu, Ahmad Bashah menggantikan Mukhriz setelah anak mantan Perdana Menteri itu hilang kepercayaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Memetik laporan portal berita The Malaysian Insider, Tun Mahathir berkata, bekas Menteri Besar Kedah dari tahun 2005 hingga 2008, Datuk Seri Mahdzir Khalid sewaktu pentadbirannya menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah dan Kedah jatuh ke tangan PAS.

Bagaimanapun, BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihanraya umum 2013 dan Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar.

“Apabila Mahdzir jadi Menteri Besar dan sebagainya, mereka kalah. Jadi bagaimana anda boleh kata mereka berjaya, tetapi orang baru yang nampaknya menerima sokongan rakyat perlu diganti?”soalnya.

Tambah beliau lagi, Ahmad Bashah adalah sebahagian daripada pasukan yang mentadbir negeri Kedah sebelum kejatuhan BN pada 2008, mengatakan BN tidak pernah hilang negeri itu sebelum ini hinggalah kumpulan tertentu mengambil alih.

“Kita tidak pernah kalah di Kedah sebelum ini hingga orang-orang ini mengambil alih.

“Dan kini, orang-orang ini kembali mentadbir negeri. Bolehkan kita percaya kepadanya untuk melakukan kerja yang baik?”soalnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");