Panasnya Hari Ini

Umno Pagoh Tolak Keputusan Penggantungan Jawatan Muhyiddin

KUALA LUMPUR:Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menentang keras dan menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bertindak menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno.

Menurut setiausahanya, pihaknya merasakan keputusan penggantungan yang diputuskan MT semalam dilakukan tanpa mengikut prosedur.

“Kami menolak keputusan ini kerana penggantungan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Mereka secara jelas sanggup mengenepikan amalan demokrasi dalam Umno.

“Selain itu, kami sebagai ahli turut berasa dikianati kerana perlantikan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan adalah dibuat berdasarkan sokongan ahli parti seluruh negara,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Ujarnya lagi, teguran yang dilakukan Muhyiddin terhadap Presiden sebelum ini adalah bertujuan memperkukuhkan parti dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

“Beliau (Muhyiddin) hanya mengambil tanggungjawab mempertahankan parti dan imej negara,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");