Isu Panas

Jawatan Muhyiddin digantung: Apa reaksi barisan pemimpin UMNO?

KUALA LUMPUR: Pergantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung serta-merta mendapat pelbagai reaksi pemimpin parti UMNO.

Antaranya, mereka berharap keputusan yang mendapat persetujuan ahli Majlis Tertinggi (MT) akan memperkasakan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Berikut adalah kenyataan beberapa pemimpin UMNO setelah ahli MT UMNO berbincang selama lebih dua jam untuk usul penggantungan Muhyiddin.

“Harapan peribadi saya dengan keputusan yang dibuat secara concensus dapat membantu kita untuk bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa kita sesama kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting dalam kita nak berhadapan dengan rakyat.”

– Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

“Keputusan yang pahit dan bukan mudah dibuat ini terpaksa dibuat demi kemenangan pada PRU akan datang dan melaksanakan tugas penting terhadap rakyat.”

– Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa

“Ini hari yang baik untuk UMNO. Kita ada dua tahun lagi untuk berkerja kuat memperkasakan parti dan paling penting di dalam mana-mana organisasi adalah disiplin.”

– Ahli MT UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan

“Ada juga orang yang tidak setuju atau memberi pandangan yang berbeza tetapi kita perlu timbang antara menghadapi suasana parti kita lemah disebabkan pergeseran dalaman atau lebih baik kita bersatu dan menghadapi respon daripada luar, ataupun ancaman daripada luar.”

– Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

“Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi hakikatnya, kita perlu bergerak dalam parti dan keputusan sudah dibuat MT. Saya percaya dan akur.”

– Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

“Saya percaya parti menyediakan ruang secukupnya untuk mereka yang melanggar peraturan parti membuat rayuan dalam tempoh tertentu.”

– Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

“Ini bukan keputusan Presiden atau seorang individu saja dalam parti. Ia adalah keputusan sebulat suara dan saya yakin ia sudah difikirkan dengan semasak-masaknya demi kepentingan parti.”-AWANI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");