Berita Hari Ini

Viral pesawat Boeing 737-800 milik Sultan Johor

KECOH sejak semalam di media sosial apabila tersebarnya berita mengenai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan telah membeli sebuah pesawat peribadi model Boeing 737-800 yang baharu.

Pesawat yang berwarna emas yang tertera lambang jata diraja Johor itu dikatakan mempunyai ruang dalaman eksklusif dengan direka khas mengikut permintaan spesifikasi Sultan Ibrahim dilaporkan ditemui Everett, Washington oleh seseorang individu ketika sedang mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat.

Sementara memetik laporan sebuah portal melaporkan pesawat berkenaan kini dalam perjalanan dari Amerika Syarikat menuju ke Johor Bahru tujuan penghantarannya ke negeri selatan tanah air itu.

Pesawat itu dijangka tiba di Johor Bahru beberapa minggu lagi menurut laporan portal berkenaan.

Berdasarkan harga semasa pesawat model 737-800 ini, ianya dianggarkan berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta).

Bagaimanapun sehingga berita ini disiarkan, tiada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana Johor berkenaan pembelian kapal terbang eksklusif berkenaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");