Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Zizan Akui Selesa Berkawan Dengan Vie Santie

KUALA LUMPUR:Pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak mengakui selesa menjalinkan persahabatan dengan Vie Santie Harun yang juga bekas isteri pelakon, Datuk Eizlan Yusof.

Bagaimanapun, Zizan menegaskan bahawa hubungan itu hanya sekadar teman biasa malah jelasnya aktiviti bersama seperti keluar makan dan menonton wayang bersama-sama  tidak membawa makna mereka menjalin percintaan apabila rakan lain atau keluarga turut menyertai mereka.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana kami setakat berkawan. Sama macam orang lain, keluar makan, tengok wayang.

“Kalau betul saya bercinta dengannya, untuk apa sorok? “Buat masa ini, kami memang tiada hubungan serius. Lagipun, Vie sendiri sudah membuat penafian di Instagramnya.

“Benarlah seperti dikatakannya dan kalau boleh, saya tidak mahu lagi menyentuh perkara ini,” katanya memetik sumber berita harian.

Mengulas pula sama ada dirinya selesa berkawan dengan ibu kepada tiga cahaya mata itu disebabkan kematangan, Zizan mengakui muda atau berusia bukan soal utama kerana paling penting adalah keserasian.

“Saya tidak memilih dalam soal berkawan kerana saya juga mempunyai ramai kawan lelaki. Kalau dengan dia (Vie), cukup saya katakan kami berbual banyak perkara, terutama mengenai bisnes,” ujarnya.

Terdahulu wujud khabar angin menyatakan bahawa  Vie Santie Harun  sedang menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak berikutan mereka dilihat sangat akrab.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");