Sukan Hari Ini

Zouma rehat panjang

London: Pertahanan Chelsea dan Perancis Kurt Zouma akan menjalani pembedahan lutut minggu ini sekali gus bakal terlepas semua baki aksi musim ini dan saingan Euro 2016, menurut kelab Liga Perdana itu, kelmarin.

Zouma mengalami kecederaan serius di bahagian lutut ketika Chelsea seri 1-1 dengan Manchester United di Stamford Bridge, Ahad lalu.

Pertahanan tengah berusia 21 tahun itu cedera pada awal babak kedua dan terpaksa diusung keluar.

“Kurt akan menjalani pembedahan dalam tempoh 48 jam lagi dan dijangka tidak boleh bermain selama enam bulan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi Chelsea.

Kecederaan itu pastinya mengecewakan Zouma selepas dia semakin kerap diturunkan untuk mengawal benteng Chelsea musim ini dan berharap namanya akan disenaraikan Perancis untuk Euro 2016.

Cuba untuk bersikap optimis, Zouma berhasrat untuk kembali dengan persembahan lebih baik.

“Ujian imbasan yang dilakukan hari ini menunjukkan ACL saya cedera. Saya akan menjalani pembedahan minggu ini dan akan kembali lebih baik nanti. Terima kasih semua atas nasihat dan sokongan,” katanya di laman web Twitter miliknya.

Zouma beraksi dalam 16 perlawanan Chelsea dalam semua pertandingan dan mengetepikan Gary Cahill untuk bergandingan dengan kapten John Terry.

Cahill yang juga naib kapten England, berpeluang kembali ke skuad utama sepanjang ketiadaan Zouma. -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");