Perak Hari Ini

50 PRP Perak Dinaikkan Pangkat

IPOH: Seramai 50 pegawai pangkat rendah polis (PRP) negeri ini dinaikkan pangkat di dalam satu majlis pemakaian pangkat, hari ini.

Seramai 11 pegawai berpangkat Sarjan Mejar (SM) dinaikkan ke pangkat Sub Inspektor (SI) manakala 39 lagi pegawai dinaikkan pangkat dari Sarjan ke Sarjan Mejar (SM).

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, di sini.

PERAKTODAY2

Di dalam ucapannya, Hanafi berkata, kenaikan pangkat ini merupakan satu penghargaan kepada pegawai-pegawai polis.

“Saya bagi seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak mengucapkan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat.

PERAKTODAY

“Sesungguhnya, masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada PDRM dan dengan kenaikan pangkat ini, kita dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada masyarakat,”ujarnya.

Selain itu, katanya lagi, beliau turut mengharapkan agar kesemua anggota dapat menjalankan amanah dengan penuh ikhlas serta dengan penuh integriti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");