Panasnya Hari Ini

Ada Ahli Mula Tinggalkan UMNO – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mendakwa bahawa kini sudah ada bantahan secara senyap-senyap di peringkat akar umbi sebagai tanda tidak menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ramai ahli-ahli UMNO sudah mula meninggalkan UMNO secara senyap-senyap tanpa umum pendirian mereka.

“Saya dapat lihat situasi ini secara amat jelas. Mereka semua dah mula hilang keyakinan pada UMNO apabila Tun Mahathir Mohamad isytihar untuk keluar UMNO sehinggalah Najib digantikan dengan tokoh pemimpin yang jujur, bersih serta ikhlas,”katanya menerusi status terbaru di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, Khairuddin melahirkan rasa pelik beliau melihat tingkahlaku pemimpin-pemimpin UMNO yang kini dilihat seolah-olah ‘kelam-kabut’ mencari sokongan daripada ahli-ahli parti.

“Pemimpin-pemimpin UMNO kata sokongan terhadap pemimpin mereka amat kuat serta padu. Deklarasi Rakyat tiada sambutan. Tun Mahathir keluar UMNO tiada kesan.

“Tetapi dalam masa yang sama puak-puak UMNO ini dah jadi panik serta kelam-kabut.

“Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor lari ke hulu hilir untuk kerahkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO untuk rakam sokongan kepada Presiden UMNO,”katanya.

Khairuddin turut mendakwa, sokongan yang sedang dikerah oleh Tengku Adnan merupakan satu perkara yang sia-sia malah sokongan yang diterima Najib hanyalah sekadar sokongan palsu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");