Panasnya Hari Ini

Pembelian Rumah Banglo : Guan Eng Alu-Alukan Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengalu-alukan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau membeli sebuah rumah banglo melibatkan unsur rasuah berkaitan dengan penjualan sekeping tanah di Taman Manggis oleh kerajaan Pulau Pinang.

Katanya lagi, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

“Sungguhpun respon SPRM begitu cepat sekali berbanding dengan kes-kes lain, saya akan berikan kerjasama penuh kepada SPRM.

“Saya ingin menggesa SPRM untuk segerakan siasatan kerana yakin bahawa tidak ada sebarang unsur rasuah dalam isu pembelian rumah saya yang cuba dikaitkan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tegas beliau lagi, dakwaan tersebut adalah satu fitnah jahat dan serangan politik kotor oleh pihak lawan berdasarkan lima faktor.

“Pertama, pembelian rumah saya sebanyak RM2.8 juta dibiayai oleh pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki wang tunai RM700,000 daripada elaun pendapatan saya sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat.

“Kedua, penjualan tanah kerajaan negeri dijalankan dengan tender terbuka dan pembeli dipilih berdasarkan tawaran harga yang paling tinggi.

“Ketiga, Jawatankuasa Tender Negeri tidak dipengerusikan oleh saya dan mematuhi semua peraturan kerajaan negeri yang ditetapkan,”ujarnya.

Selain itu, Guan Eng juga berkata, beliau tidak terlibat dengan syarikat yang memenangi tender tanah kerajaan negeri, bukan juga pemegang saham atau ahli lembaga pengarah selain daripada Ketua UMNO Bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin telah meminta maaf kepada beliau di depan Hakim Mahkamah Tinggi sebanyak dua kali serta menarik fitnah bahawa beliau menerima wang rasuah daripada pembeli tanah kerajaan negeri tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");