Panasnya Hari Ini

Ada Pemimpin ‘Dalaman’ Cuba Musnahkan Perjuangan PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin ‘dalaman’ PAS cuba untuk memusnahkan perjuangan dan matlamat perjuangan parti itu.

Tetapi, kata Abdul Hadi, pemimpin tersebut tidak berjaya untuk memusnahkan perjuangan PAS apabila disingkirkan dengan takdir Allah.

Abdul Hadi turut berkata, PAS menghadapi penapisan demi penapisan menyebabkan hanya orang yang kukuh dan istiqamah dengan al-Quran, hadis dan ulama dapat melangsungkan perjuangan parti.

“Mereka yang cuba singkirkan perjuangan dan matlamat PAS disingkirkan Allah. Tidak kira siapa dia, kalau tak ikhlas, Allah singkirkan dan Allah memilih bersama kumpulan Islam ini,”katanya, lapor Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kumpulan Islam ditubuhkan untuk melaksanakan kewajipan dan bukannya sekadar ditubuhkan untuk mengisi masa kosong, tarbiah dan ekonomi.

“Bukan kumpulan yang nak pergi ke Putrajaya dengan turun ke jalan, tetapi kumpulan Islam yang mengharungi perjuangan bagi meruntuhkan kezaliman dan menegakkan Islam yang adil.

“Kita bukan nak meruntuhkan kezaliman dengan bertindak zalim pula selepas itu, tidak sama sekali. Allah tak akan biar kita buat begitu,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");