Panasnya Hari Ini

Isu Mara: Nazim Buat Laporan Polis Terhadap Rafizi, NOW

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, Nazim Rahman, membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) berikutan dakwaan kenyataan fitnah.

Tindakan itu diambil susulan kenyataan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan NOW bertindak mengaitkan namanya dalam transaksi hartanah MARA Inc Sdn Bhd di Australia, tahun lalu.

Ujar Nazim, kenyataan Rafizi itu disifatkannya tidak beretika kerana menggunakan taktik ‘memetik nama’ tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak difitnah.

Tamabahnya lagi, Rafizi lebih mementingkan kelangsungan kerjaya politik peribadinya berbanding menegakkan keadilan.

“Saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya apabila dia mengitar semula tuduhan itu dan membangkitkan perkara sama dalam ucapan di Parlimen,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Sebagai anggota kerja Pelaburan MARA Berhad (PMB), Nazim menegaskan dan mendakwa bahawa tidak pernah terbabit dalam apa-apa keputusan syarikat MARA itu.

“PMB dan MARA Inc adalah syarikat berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah tersendiri.

“MARA Inc bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, petang ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");