Sukan Hari Ini

Adiq berupaya saingi pelumba luar

Melaka: Kejayaan Muhamad Adiq Husainie Othman meraih jersi putih pada Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) membuktikan pelumba negara mampu bersaing dengan pelumba asing.

Kemenangan diraih pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu selaku pelumba Terbaik Asia mengubat duka pasukannya yang gagal meraih kedudukan podium ketika menyaingi pasukan pro jelajah dan pro benua menguasai edisi ke-21 perlumbaan berbasikal terkemuka di benua Asia itu.

Pelumba Itali Andrea Guardini, 26, pula layak dijulang selaku pelumba terhebat dalam sejarah penganjuran LTdL yang dianjurkan sejak 1996 apabila meraih kemenangan peringkat yang ke-22 untuk dirinya.

Beliau yang meraih 18 kemenangan peringkat sebelum ini, terus mempamerkan belangnya apabila membolot empat lagi kemenangan peringkat termasuk peringkat terakhir (peringkat kelapan) sejauh 119km dari Batu Pahat ke Dataran Pahlawan, di sini selain menggondol jersi teal selaku Raja Pecut buat kali ketiga selepas 2011 dan 2012.

Wakil Afrika Selatan, Reinardt Janse Van Rensburg dari pasukan Dimension Data pula mengekalkan penguasaan pelumba benua Afrika untuk jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan manakala pelumba China, Wang Meiyin dari Hengxiang Cycling Team memenangi jersi polka dot selaku Raja Bukit buat kali kedua selepas 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports (M) Sdn Bhd, Emir Abdul Jalal memuji persembahan cemerlang skuad berbasikal negara terutamanya pasukan TSG.

Ciclista Sports (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengurusan acara berbasikal yang diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan LTdL dari 2016-2017.

“Paling unik sekali kehadiran begitu ramai sekali penonton di tepi jalan dan saingan sengit kali ini. Walaupun kita tidak dapat melihat dua pelumba TSG, Mohd Harrif Salleh dan Anuar Manan meraih kemenangan peringkat kita berbangga kerana Muhamad Adiq Husainie berjaya meraih jersi putih,” jelasnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");