Panasnya Hari Ini

“Ahli UMNO Jangan Melatah Atau Terpengaruh Dengan Langkah Dr Mahathir”- Ali Rustam

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Ali Rustam, menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada parti, Isnin lalu tidak akan melemahkan UMNO secara keseluruhannya.

Ujarnya, majoriti ahli parti dilihat masih bersemangat memperjuangkan UMNO dan masih sayangkan parti yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara sejak ia ditubuhkan.

“Yakinlah bahawa Dr Mahathir akan kembali ke pangkuan UMNO apabila tiba masanya. Ia tidak mustahil kerana sejarah membuktikan beliau sentiasa menjaga kepentingan parti.

“Saya minta ahli UMNO tidak melatah atau terpengaruh dengan langkah Dr Mahathir, sebaliknya kekal bersatu bagi memastikan parti dapat diperkukuhkan demi survival bangsa, agama dan negara,” katanya memetik sumber laporan berita harian semalam.

Jelasnya lagi semangat ahli parti masih tinggi bersama dengan kepemimpinan sedia ada dan tidak akan melakukan perkara yang boleh merugikan parti.

Terdahulu pada satu sidang media Isnin lalu, Dr Mahathir mengambil keputusan keluar daripada UMNO kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Mohd Ali lagi, tindakan keluar parti itu tidak memeranjatkan kerana perkara sama pernah berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Mahathir menyertai semula parti selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik menggantikan Abdullah.

“Itu adalah tindakan peribadi dan kita harap ahli parti akan terus bersatu kerana UMNO adalah satu-satu parti untuk orang Melayu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");