Jenayah

Peniaga rugi RM50,000 van hangus

Melaka: Seorang peniaga mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas vannya yang penuh dengan muatan barang permainan terbakar dalam satu kejadian di tempat letak kereta Medan Selera Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, difahamkan pemiliknya Francis Rayappan, 53, dan isteri Diana de Costa, 46, berada di rumah mereka di Ujong Pasir.

Diana berkata, perniagaan mereka ditutup pada 12 tengah malam tadi dan barangan permainan disimpan di dalam van lalu diparkir di tempat letak kereta di situ.

“Saya dan suami hanya tahu mengenai kebakaran van selepas dua remaja datang mengejutkan kami kita-kira jam 5 pagi, dan kami segera bergegas ke sini (Perkampungan Portugis),” katanya.

Tinjauan di lokasi kejadian, pasukan Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang melakukan siasatan dan turut terdapat satu bekas minyak dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk memulakan kebakaran.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");