Panasnya Hari Ini

Ahli UMNO Perlu Guna Saluran Betul Beri Teguran, Pandangan

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn menyarankan mana-mana ahli atau pemimpin UMNO yang menggunakan saluran yang betul jika mempunyai sebarang pandangan atau teguran kepada parti.

Ujarnya, saluran mesyuarat bahagian dan cawangan adalah medan terbaik untuk menyuarakan cadangan atau kritikan untuk diperhalusi secara bersama.

“Persidangan cawangan yang bermula minggu ini merupakan medan menyuarakan pandangan.

“Kita digalakkan bersuara mengikut saluran yang benar. Saya kecewa apabila ada pemimpin parti tidak menggunakan saluran ini dan berdiri di platform yang salah untuk menyuarakan pandangan, teguran dan cadangan.

“Guna platform mesyuarat UMNO kalau tidak puas hati mengenai apa juga isu berbangkit. Bukan menjaja keburukan dan menyebar pandangan peribadi yang negatif ke saluran yang salah. Ia boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat kepada parti,” katanya memetik sumber Astro AWANI.

Tambahnya lagi, sebarang maklumat atau pandangan yang dikutip melalui saluran mesyuarat akan dihadam untuk dijadikan asas pertimbangan dalam menentukan hala tuju parti.

“Sebagai sebuah parti yang mempunyai ahli paling ramai, UMNO tentunya mampu memberikan refleksi sebenar suara rakyat di luar sana.

“Ia merupakan sebahagian daripada proses untuk mentadbir negara. Rakyat mahukan parti yang mampu memimpin dan membuat keputusan bersandarkan intipati yang diperolehi daripada suara cawangan-cawangan ini.

“Ini menjadikan UMNO kita kuat apabila mampu menggalas harapan rakyat secara kolektif,” katanya.

Tegasnya, UMNO perlu kembali kepada suara akar umni untuk memastikan kekal berkuasa dan memerintah negara dengan kaedah terbaik.

“Mesyuarat cawangan-cawangan ini akan membuktikan bahawa UMNO merupakan parti yang mengamalkan keterbukaan dan paling demokratik.

“Inilah aspirasi kepimpinan tertinggi parti yang telah menjadi amalan sejak sekian lamanya,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi catatan di blognya menyeru kepada akar umbi UMNO untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam mesyuarat cawangan parti.

Jelas Dr Mahathir, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti orang Melayu itu hilang kuasa buat pertama kali dan selama-lamanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");