HUBUNGAN percintaan antara penyanyi Miley Cyrus dan kekasihnya Liam Hemsworth dilaporkan semakin goyah kerana mereka kerap bergaduh.
Sumber memberitahu disebabkan masalah itu mereka cuba mengelakkan daripada tampil dalam acara-acara hiburan.
“Ini bukan hubungan yang sempurna tapi mereka tetap mencuba untuk menjaga hubungan ini,” ujar sumber.
Bagaimanapun, sumber memberitahu kedua-duanya masih menjaga hubungan tersebut agar tidak berlaku perpisahan sekali lagi.
“Mereka kerap bertengkar, tapi mereka berusaha menjaga hubungan itu dengan lebih hati-hati,” ujarnya.
Miley dan Liam putus tunang pada tahun 2013, namun mereka kembali semula menjalinkan hubungan cinta selepas menyedari kesilapan masing-masing.-mstar
Komen & Pendapat