Panasnya Hari Ini

Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya Terhadap MB Terengganu

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kuala Terengganu sebentar tadi.

Memetik sumber Berita harian, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengemukakan usul undi tidak percaya ketika berucap membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Difahamkan juga susulan itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zuber Embong yang menerima usul itu telah mengambil keputusan menangguhkan persidangan.

Penangguhan itu dibuat bagi mengkaji butiran usul itu mengikut perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Sementara itu Dewan dijangka membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu kira-kira jam 2.30 petang ini.

Menurut sumber lagi, Mohd Zuber, Ahmad Razif dan pegawai undang-undang negeri sedang mengadakan mesyuarat untuk meneliti peraturan dewan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");