Berita Hari Ini

Anggota Dewan Rakyat bertafakur memperingati MH370

KUALA LUMPUR – Anggota Dewan Rakyat hari ini meluangkan masa selama seminit bertafakur untuk memperingati genap dua tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 yang membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac 2014.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika memulakan sidang Parlimen hari ini meminta wakil rakyat yang beragama Islam untuk membaca surah al-Fatihah manakala Ahli Parlimen bukan beragama Islam untuk bertafakur.

Menurut beliau, misi pencarian oleh tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan China kini memasuki fasa kedua di kawasan seluas 120,000km persegi di selatan Lautan Hindi.

“Kehilangan pesawat MH370 yang membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal? kini genap dua tahun. Kerajaan Malaysia, Australia dan Republik Rakyat China terus komited dalam misi pencarian pesawat berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, tragedi kehilangan MH370 merupakan tragedi menyayat hati dan menyentuh hati rakyat Malaysia.

“Dewan berharap semua waris penumpang dan anak kapal MH370 sentiasa tabah? dan cekal dalam hadapi ujian dan menerima ketentuan ini. Kita berdoa agar ALLAH? mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

“Ingatan kita sentiasa bersama waris dan ahli keluarga penumpang dan anak ?kapal MAS MH370,” katanya sambil menambah misi pencarian diharap berjaya dan dapat merungkai misteri kehilangan pesawat itu.

MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dariKuala Lumpur ke Beijing dan masih belum dijumpai hingga kini walaupun selepas? operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai berakhir selepas melencong daripada laluan asal.

Pada 29 Julai tahun lepas, satu penemuan yang disahkan sebagai serpihan ‘flaperon’ milik pesawat malang itu dijumpai di Pulau La Reunion, di perairan? Madagascar.

Pada awal bulan ini, satu lagi penemuan serpihan objek dipercayai milik pesawat Boeing 777 dilapor ditemui di perairan Mozambique manakala terbaharu

kelmarin satu lagi serpihan ditemui di Pulau La Reunion, yang juga dikaitkan? dengan MH370. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");