Jenayah

Ajal remaja 18 tahun

Klang: Remaja lelaki berusia 18 tahun meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan kereta di Jalan Klang Sentral, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Asyraaf Ridzuwan dikatakan dalam perjalanan dari Kapar ke Meru.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.48 pagi dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang ke tempat kejadian.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta berkenaan membuat pusingan U dan mangsa yang gagal mengelak merempuh kereta itu.

“Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian, mangsa bersama motosikalnya dalam keadaan terperosok di bawah kereta berkenaan.

“Anggota bomba mengalihkan mayat mangsa yang tersepit di bawah kereta dan diserahkan kepada polis manakala pemandu kereta hanya cedera ringan,” katanya.

Mohd Sani berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");