Sukan Hari Ini

Amukan Ronaldo

Madrid: Cristiano Ronaldo (gambar) menutup mulut pengkritiknya dengan empat gol ketika Real Madrid membelasah Celta Vigo 7-1 kelmarin selepas diejek segelintir penyokong kelab berkenaan.

Ronaldo meraikannya dengan tangan diletakkan di telinganya sebaik menjaringkan gol kedua Madrid selepas Pepe membantu skuad Zinedine Zidane mendahului menerusk tandukan sebelum rehat separuh masa.

Pemain Terbaik Dunia tiga kali itu menambah tiga lagi jaringan untuk mengatasi Telmo Zarra sebagai penjaring kedua terbanyak dalam sejarah La Liga dengan 252 gol dalam 228 penampilan.

Real terus menerima berita baik apabila Gareth Bale menjaringkan gol ketujuh Madrid pada penampilan pertamanya selepas enam minggu direhatkan akibat kecederaan betis.

Kemenangan itu membolehkan Real berada sembilan mata di belakang pendahulu Barcelona.

“Anda tahu Cristiano, dia mampu menjaringkan empat gol dan tidak ramai mampu melakukannya. Itulah sebabnya mengapa dia unik,” kata Zidane.

“Sudah menjadi kebiasaan dalam bola sepak apabila peminat mengejek pemain.

“Mereka peminat yang dahagakan kemenangan tapi pada masa sama mereka kenal pemain dan mahu lebih banyak daripada itu. Sesuatu yang bagus untuk membantu kami memperbaiki diri dan melakukan lebih lagi.”

Madrid kini tujuh mata mengatasi pasukan tangga keempat Villarreal selepas mereka mengalami kekalahan pertama liga dalam 15 perlawanan, kecundang 0-1 kepada Las Palmas di gelanggang sendiri.

Tandukan David Garcia sebaik sebelum rehat babak pertama memastikan kemenangan kelab Pulau Canary buat kali ketiga berturut-turut untuk berada empat mata di atas zon penyingkiran.-harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");