Sukan Hari Ini

Badminton: Lin Dan tempah tiket ke separuh akhir

BIRMINGHAM: Juara lima kali, Lin Dan menempah pertarungan sesama wakil China pada separuh akhir Seluruh England selepas mengatasi pencabar dari Denmark Jan O Jorgensen, awal pagi tadi.

Lin Dan yang memburu tiket ke final buat pertama kali sejak 2012, bangkit daripada ketinggalan untuk menang 10-21, 21-9, 21-15 dan seterusnya akan berdepan pemain bukan pilihan Xue Song, 22.

Juara berganda Olimpik berusia 32 tahun itu berkata dia sudah mengkaji video permainan Jorgensen sepanjang cuti rehat dua bulan pada musim sejuk ini tatkala dia mencari jalan untuk menebus kekalahan dialaminya pada kejuaraan dunia tahun lalu.

“Saya banyak meluangkan masa mengkaji permainannya dan mencari cara untuk menundukkannya,” kata Lin Dan kepada pemberita.

“Dia sangat agresif dan memberi saya begitu banyak tekanan. Saya belajar banyak ketika tewas set pertama.”

Sementara itu Xue Song meneruskan kejutan apabila menyingkirkan bintang Denmark, Viktor Axelsen 21-19, 23-25, 21-11, pemain muda China itu berkata, kejayaan itu berpunca daripada pendekatannya untuk tidak terlalu memikirkan mengenai pertarungan terbabit dengan menonton sebuah program televisyen fantasi seram Amerika Syarikat.

Percubaan Kento Momota untuk muncul selaku pemain lelaki pertama Jepun meraih gelaran Seluruh England berakhir di tangan Tian Houwei dari China, apabila tunduk 19-21, 21-15, 21-16.

Menanti Houwei di separuh akhir nanti adalah seorang lagi pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus yang menewaskan Marc Zwiebler 21-15, 13-21, 22-20 dalam aksi suku akhir. – REUTERS/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");