Berita Hari Ini

Beri keadilan kepada Anwar dalam penjara

KOTA BHARU – Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila pemimpin itu tidak mendapat masa yang cukup untuk berjumpa peguamnya.

“Datuk Seri Anwar wajib dibenarkan mendapat waktu yang mencukupi untuk berjumpa dengan peguamnya. Jika satu jam seminggu dapat jumpa dengan peguam bagi 16 kes mahkamah yang sedang berlangsung, ini amat tidak adil.

“Di mana hak beliau untuk mendapat keadilan? Tidak kira kepada siapa, menteri dalam negeri sebagai kuasa tertinggi dalam pentadbiran penjara, mesti ruang yang sepatutnya untuk memastikan rakyat mendapat keadilan. Sebagaimana hak yang diperuntukkan di dalam perlembagaan persekutuan,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mewakili diri sendiri melibatkan dirinya dalam 16 kes mahkamah bermula semalam.

Naib Presiden PKR, N Surendran sebelum ini memberitahu, perkara itu berlaku kerana akses pertemuan Anwar dengan peguamnya sejak Ogos 2015, telah dihadkan sejam, itu pun sekali dalam seminggu.

N Surendran juga berkata, pihaknya telah beberapa kali mengemukakan bantahan terhadap hak peguam kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh, Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ab Aziz berkata, tidak kiralah siapa pun yang terlibat dengan kes tersebut, namun ruang yang cukup perlu diberikan untuk perbincangan peguam dan anak guam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");