Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: Kehadiran Dua Pemimpin Pas Mendapat Keizinan Presiden

KUALA LUMPUR: Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali di dalam majlis menandatangani Deklarasi Rakyat semalam telah mendapat kebenaran daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya lagi, PAS tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyokong deklarasi itu kerana ia merupakan hak rakyat.

“Deklarasi itu adalah deklarasi rakyat. Kandungan deklarasi itu ialah mendesak Najib turun dari jawatan selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PAS.

“Tiada masalah dengan deklarasi tersebut,”ujarnya, lapor AntaraPos.

Dalam masa yang sama, parti itu bagaimanapun menyokong pendirian Abdul Hadi yang tidak mahu terlibat dengan mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan Najib kecuali menggunakan cara yang betul iaitu pilihanraya.

“Seluruh pimpinan parti berdiri teguh di atas pandangan dan hak Presiden dalam isu ini.

“PAS akan terus berusaha ke arah perubahan total dasar negara agar selaras dengan tuntutan Islam,”ujarnya.

Terdahulu, majlis menandatangani Deklarasi Rakyat itu menyaksikan 58 tandatangan diturunkan daripada bekas pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");