Berita Hari Ini

Beri keutamaan kepada pengilang beras tempatan

Alor Setar: Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar kemasukan beras import ke negara ini dan memberi keutamaan kepada pengilang beras tempatan bagi mengelakkan pengilang Melayu gulung tikar.

Yang Di Pertua PPBMM Musonnef Md Radzi berkata, perkara itu susulan daripada kedudukan pengilang Melayu yang kini dilihat berada dalam keadaan tenat berikutan masalah lambakan beras tempatan sejak tiga tahun lalu disebabkan kekurangan permintaan terhadap beras tempatan.

“Jumlah pemborong beras yang semakin berkurangan juga menjadi faktor kurangnya permintaan beras di kilang Melayu. Pemborong beras berkapasiti tinggi lebih berminat membeli beras daripada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) yang mana golongan ini turut menguasai rantaian bekalan beras sendiri iaitu pengilangan padi sehingga ke rangkaian peruncit.

“Masalah itu menyebabkan pengilang Melayu gagal membuat bayaran balik Skim Pusat Belian diberikan BERNAS sejak lebih 20 tahun lalu sehingga tiga kilang dihadapkan ke mahkamah, manakala lima lagi daripada jumlah keseluruhan 18 kilang Melayu di Kedah menerima surat supaya hadir ke mahkamah.

“Keadaan juga bertambah tenat apabila tuntutan hutang berjumlah RM80 juta daripada BERNAS ini boleh melenyapkan kewujudan kilang beras Melayu pada masa akan datang,” katanya pada sidang media di Pejabat PPBMM, di sini, hari ini.

Katanya, sehingga kini terdapat 23 pengilang Melayu berdaftar, manakala 22 lagi tidak berdaftar di seluruh negara berdepan masalah untuk memasarkan stok beras yang diproses sejak Oktober tahun lalu.

“Berikutan masalah ini pengilang Melayu juga menghadapi masalah untuk memproses hasil padi yang dituai antara tempoh Januari sehingga Mac tahun ini yang mana jika ia disimpan terlalu lama dikhuatiri boleh menyebabkan padi rosak,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");