Perak Hari Ini

Dua Kawasan Di Ipoh Catat IPU Sederhana

IPOH: Dua kawasan di Ipoh mencatatkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 1 petang, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan tersebut ialah Jalan Tasek, Ipoh (55) dan SK Jalan Pegoh (55).

Selain itu, JAS antara kawasan lain di seluruh negara yang menunjukkan bacaan IPU sederhana sehingga jam 1 petang ini ialah Sungai Petani, Langkawi, Nilai, Seremban, Seberang Jaya, Keningau, Kota Kinabalu dan Miri.

Turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah di Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Shah Alam, Batu Muda dan Cheras.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");