Perak Hari Ini

Bilik Sistem Bangunan PTTC Terbakar

IPOH: Sebuah bilik unit sistem di tingkat 15 bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC) hampir musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut sumber, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 10.34 pagi tadi.

“Kemusnahan bilik dianggarkan sekitar 40 peratus,” katanya.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Kebakaran berjaya dikawal menerusi sistem pemadaman kebakaran bangunan tersebut,” katanya.

Pihak penyelamat melakukan pemantauan dan pemadaman menggunakan satu saliran air untuk memastikan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

Operasi tamat pada jam 3 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");