Panasnya Hari Ini

‘Saya Tak Berminat Jumpa Lim Guan Eng’ – Shabudin

Foto:-MalaysiaKini

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya menyifatkan jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk bertemu dengan beliau hanyalah satu gimik murahan yang menunjukkan ketidakmatangan ketua menteri itu.

Terdahulu, Shabudin telah membangkitkan isu mengenai pembelian sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn oleh Guan Eng dan penjualan tanah negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

“Kenapa YAB Bagan mencabar saya bersemuka dengannya di pagi Ahad di pejabatnya secara ‘one to one’? Kenapa beliau perlu berdebat dengan saya?

“Maaf, saya tidak berminat untuk melayan jemputan ‘coffee break’ seperti ini,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Shabudin berkata, apa yang beliau mahu Ketua Menteri itu lakukan adalah memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat terhadap skandal rumah dan tanah kos rendah di Taman Manggis.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan jemputan Guan Eng itu hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu yang beliau bangkitkan di Parlimen dengan meminta untuk bersemuka.

Beliau juga berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berniat untuk menggelarkan dirinya sebagai ‘pengecut’ sekiranya beliau enggan untuk berjumpa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");