Perak Hari Ini

Cabaran Ekstrim ATV Manong

MANONG: Gementar dan teruja. Itu yang penulis mampu digambarkan sewaktu berpeluang mencuba membawa sendiri jentera empat roda All Terrain Vehicle atau ATV buat pertama kalinya di Jeliang, Manong, baru-baru ini.

Peluang itu ternyata memberi pengalaman baharu buat penulis setelah sekian lama berkeinginan mencuba sendiri salah satu sukan ekstrim yang semakin mendapat sambutan di negara ini.

Pengurus ATV Manong, Faizaluddin Mokhtar 40, berkata, ATV Manong mula beroperasi sekitar Oktober tahun lalu sehingga kini.

“Kami beroperasi setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan sama ada dari mereka yang pernah mencuba ATV ataupun yang pertama kali mencuba.

5

“Setiap minggu pasti ada kumpulan-kumpulan akan datang bermain dan ada juga syarikat-syarikat yang meminta kami membuat pakej bagi sambutan hari keluarga dan lain-lain,”katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, buat masa ini, ATV Manong hanya menawarkan satu pakej untuk kumpulan seramai 15 hingga 20 orang.

“Buat masa ini, kami menawarkan pakej berkumpulan yang berharga RM800 (hari bekerja) dan RM1,000 (cuti hujung minggu dan cuti umum). Pakej ini termasuklah sarapan pagi dan makan tengah hari.

3

“Kami menyediakan lima buah ATV untuk satu kumpulan dan mereka akan bermain secara bergilir-gilir. Kami juga menyediakan set BBQ jika diminta oleh pelanggan,”ujarnya.

“Sehingga kini, ATV Manong memiliki lapan buah ATV dan pihak kami berusaha untuk mencukupkan jumlahnya sebanyak 20 buah ATV,”ujarnya.

Katanya lagi, selain pakej, pihaknya juga menawarkan harga RM30 seorang bagi pemanduan selama satu jam.

4

Mengulas mengenai trek yang akan ditawarkan oleh ATV Manong buat para pelanggan, pihaknya kini memberi dua pilihan kepada pelanggan sama ada ingin menggunakan trek santai atau trek ekstrim.

“Kami mempunyai trek santai dan trek ekstrim. Nak campur kedua-dua trek pun ada. Ianya bergantung kepada permintaan pelanggan. Kalau nak trek yang ‘hard-core’, kami masih belum ada buat masa ini.

“Bagi trek ekstrim, jalannya tidaklah berbahaya cuma tidak rata jadi penunggang ATV perlu pandai kawal kenderaan dan brek. Kalau ada pelanggan yang takut-takut, kami tak bawa ke jalan yang ekstrim,”katanya.

2

Ujarnya lagi, ATV Manong telah menerima maklumbalas yang baik daripada pelanggan dan kebanyakkan pelanggannya akan datang semula untuk mencuba trek yang baharu.

Mengulas lanjut, bagi trek yang berdurasi selama satu jam, jaraknya hanya sekitar tiga kilometer untuk perjalanan pergi balik dan bagi yang ingin mencuba jarak jauh, pihaknya juga ada menyediakan trek sejauh tujuh kilometer sehala.

Untuk masa hadapan, Faizaluddin bercadang, pihaknya akan membuka aktiviti ATV di Teluk Senangin, Manjung untuk trek pantai.

Orang ramai yang ingin merasai pengalaman memandu ATV, boleh ke laman Facebook, ATV Manong atau hubungi Faizaluddin di talian 011- 4038 9262.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");