Sukan Hari Ini

Jupha harap tuah ke Rio

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek negara Jupha Somnet mengharapkan keajaiban untuk membolehkannya beraksi pada Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

Menurut Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Malaysia layak dalam acara keirin (lelaki) dan pecut individu (wanita) selain diletakkan dalam senarai simpanan bagi acara omnium wanita.

Pelumba dari Perlis itu berpeluang mengiringi dua rakannya Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sekiranya ada negara dalam 18 senarai awal menarik diri.

“Saya bersedia untuk perkara itu, sama ada tidak layak atau sebaliknya saya perlu bersedia. Kalau ada ruang untuk saya sudah pasti ia sesuatu yang menggembirakan.

“Namun, saya tidak boleh terlalu menaruh harapan tinggi kerana mana-mana negara pasti sukar melepaskan peluang beraksi di Olimpik,” kata pelumba berusia 23 tahun itu.

Jupha gagal meraih tiket secara merit dalam acara itu selepas tempoh untuk mengutip mata berakhir awal bulan ini.

“Saya tidak boleh menjangka apa yang boleh berlaku semasa latihan terutamanya dalam sukan ini, mungkin ada pelumba cedera dan sebagainya. Jadi, saya hanya bersedia dengan meneruskan latihan seperti biasa,” jelasnya.

Tidak semua pelumba mampu bersaing dalam acara omnium kerana ia membabitkan enam disiplin perlumbaan seperti perlumbaan mata, 500 meter ujian masa dan kejar-mengejar individu.

Ketika ini hanya Azizul layak beraksi dalam acara keirin manakala Fatehah dalam acara pecut individu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");