Panasnya Hari Ini

Cadang Buka Cawangan MCPF Di Setiap Daerah Polis

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan bahawa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bercadang untuk membuka cawangan di setiap 157 daerah polis bagi membantu polis mencegah jenayah.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi MCPF berkata, perlembagaan yayasan itu akan dipinda dalam mesyuarat luar biasa tidak lama lagi.

“Ini adalah kerana ada permintaan daripada masyarakat supaya MCPF dapat diwujudkan di peringkat daerah-daerah polis bagi membantu polis di peringkat IPD (Ibu Pejabat Polis) dan balai-balai serta pondok-pondok polis,” katanya, lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan dan mempengerusikan mesyuarat agung MCPF ke-23 di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Tegasnya lagi, MCPF tidak hanya bersama PDRM, malah perlu bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain untuk membendung masalah jenayah.

“Jenayah berjaya kita kurangkan 50 peratus tahun lalu berbanding 38 peratus pada tahun 2014 dan atas pencapaian ini syabas kepada PDRM dan berharap MCPF dapat bersama-sama agensi kerajaan yang lain kerana MCPF tidak boleh bergerak sendirian,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu Zahid turut mengumumkan penyerahan geran tambahan sebanyak RM3 juta kepada MCPF selain geran tahun sebanyak RM2 juta yang diterima MCPF.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");