Panasnya Hari Ini

Tengku Razaleigh Individu Yang Ingin Jatuhkan Najib – Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan individu yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwa bekas Presiden UMNO itu lagi, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebelum ini merupakan individu yang memberikan idea untuk menggulingkan Najib menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian beliau (Ku Li) akan menguar-uarkan usul undi tidak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai tindakan Ku Li dan beberapa pimpinan UMNO yang menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan kepada Najib.

Tambah Tun Mahathir lagi, Ku Li juga pernah mencadangkan agar Perdana Menteri diturunkan, namun kini Ku Li dilihat berpaling tadah dan menyokong Najib.

Katanya lagi, ini mungkin kerana Ku Li merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 juta bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong,”tegasnya.

Tun Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan beliau pernah melakukan perkara serupa sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan.

“Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");