Panasnya Hari Ini

Cadangan Pindaan OSA Tidak jejaskan Pengamal Media- Peguam Negara

KUALA LUMPUR:Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi jaminan bahawa cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengenakan hukuman keras kepada pembocor rahsia kerajaan tidak melibatkan pengamal media.

Ujarnya, pindaan itu hanya melibatkan pembocor rahsia kerajaan sahaja kerana ia dibimbangi boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara jika tidak diberi perhatian khusus.

Beliau mengulas demikian sejurus selepas menerima kunjungan Majlis Eksekutif Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJM) di pejabatnya, hari ini.

“Saya juga ingin menjelaskan tidak menyekat kebebasan wartawan menulis laporan mengikut fakta yang sahih serta etika kewartawanan,” kata Apandi, seperti yang dinyatakan NUJM dalam satu kenyataan media selepas pertemuan itu.

Sementara itu menurut NUJM Apandi memaklumkan bahawa pindaan OSA itu hanya cadangan dan ia terpulang kepada kerajaan untuk membuat tindakan lanjut sama ada menerima ataupun menolaknya.

Kuasa melulus sesuatu pindaan undang-undang tegasnya bukan di bawah bidang kuasanya sebaliknya perlu dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.

“Semua orang boleh bagi pandangan termasuk saya tetapi pandangan itu terserahlah kepada kerajaan sama ada untuk terima atau tidak. Jabatan kami tidak membuat sebarang polisi,” memetik sumber Freemalaysiatoday.

Dalam pertemuan tersebut, NUJM turut menyampaikan memorandum yang menyenaraikan 10 perkara bagi melindungi hak wartawan menulis laporan tanpa rasa takut dan bimbang dikenakan tindakan OSA.

Sebelum ini, Apandi dilaporkan berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk meminda OSA 1972 bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang didapati membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");