Jenayah

Curi di Low Yat, pengganggur diarah bela diri

KUALA LUMPUR – Pengganggur yang dikaitkan dengan kekecohan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang tahun lalu diperintah bela diri oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencuri.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Noor sebentar tadi terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes.

Shahrul Anuar, 23, didakwa mencuri telefon bimbit jenis Lenovo S860 di Techasia Boutique Lot UG K021 UG Floor Plaza Low Yat di Bukit Bintang, jam 4.47 petang 11 Julai 2015.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Malini mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda.

Khairul Azam Abd Aziz bertindak sebagai peguam bela mewakili Shahrul Anuar memaklumkan anak guamnya memilih untuk memberi keterangan di kandang saksi.

“Pihak pembelaan akan mengemukakan dua saksi pembelaan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 12 hingga 14 depan sebagai tarikh keterangan pembelaan.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di plaza berkenaan selepas sekumpulan perusuh bertindak agresif.

Kejadian itu menjadi viral di Facebook dan aplikasi whatsapp selepas wujudnya dakwaan lelaki berkenaan ditipu ketika membeli telefon bimbit di salah sebuah kedai di Plaza Low Yat tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");