Jenayah

Dadah ‘penapis air’

Kuala Lumpur: Dua sindiket dadah membabitkan lima warga Afrika dan seorang wanita warga tempatan ditahan dalam dua serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 serta 28 Mac lalu.

Sindiket ini menyeludup dadah dari China menggunakan kargo dan menyembunyikan bahan itu dalam adaptor elektrik serta penapis air.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, semua suspek berusia 24 hingga 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) di Kepong, Puchong dan Serdang.

“Nilai rampasan daripada dua serbuan dianggarkan berjumlah Rm2.14 juta.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");