Panasnya Hari Ini

Hadir Kongres Rakyat: PAS Belum Putuskan Hukuman Terhadap Mahfuz Dan Husam

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti itu masih belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap dua pemimpin parti itu yang hadir pada himpunan Kongres Rakyat, Ahad lalu.

Dua pemimpin yang hadir ke himpunan tersebut ialah ADUN Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa.

Idris berkata, walaupun PAS sebelum ini dengan tegas menyatakan pendirian parti itu untuk tidak menyertai sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun, apa juga tindakan yang perlu dikenakan terhadap Mahfuz dan Husam memerlukan pertimbangan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kehadiran dua pemimpin PAS ke himpunan anjuran bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim adalah atas kapasiti individu, bukannya atas nama parti.

“Dia sebagai rakyat tidak mengapalah. Kita tidak sertai atas nama parti, tindakan belum tentu ada, perlu ada yang tidak perlu,”katanya, lapor Antarapos.

Kata Idris lagi, walaupun tindakan kedua-dua pemimpin tersebut dilihat lebih cenderung ke arah Pakatan Harapan (PH), ianya tidak akan menjejaskan parti memandangkan PAS kini mempunyai satu juta ahli.

Husam sebelum ini dilihat lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pendekatan yang diambil oleh PAS terhadap Najib.

Husam juga pernah mendakwa bahawa Abdul Hadi mempunyai rancangan untuk membaiki hubungan dengan UMNO dan pelaksanaan hudud.

Sementara itu, Mahfuz dan Husam juga sering dilihat mengambil pendirian yang tidak senada dengan parti, khususnya dalam isu yang membabitkan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");