Panasnya Hari Ini

Dakwaan Terbaru WSJ, Lebih Dari AS$1 Bilion Didepositkan Ke Dalam Akaun Najib

KUALA LUMPUR: Akhbar perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima lebih dari AS$1 bilion, lebih beberapa ratus juta lagi daripada jumlah yang dikenalpasti sebelum ini.

WSJ yang memetik sumber mereka berkata, penyiasat mereka percaya kebanyakan dana itu datang daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan The Malaysian Insider, maklumat yang diterima oleh penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan yang dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Terdahulu, WSJ mula mendedahkan perkara yang berkaitan dengan akaun peribadi Najib sejak Julai 2015 tetapi masih belum disaman oleh Najib yang menafikan semua dakwaan yang dilakukan terhadapnya.

Sementara itu, Apandi pada Januari lalu berkata, tidak terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa Najib terlibat dalam salah laku jenayah yang melibatkan hampir AS$700 juta di dalam akaun peribadinya.

WSJ dalam laporannya hari ini berkata, penyiasat daripada dua buah negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua wang daripada AS$681 juta telah dikembalikan seperti yang diumumkan oleh Apandi.

Walaubagaimanapun, WSJ turut melaporkan bahawa penyiasat yang sedang menyiasat perkara tersebut percaya, wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.

Kata WSJ lagi, penyiasat tersebut percaya, wang itu dipindahkan menerusi transaksi web kompleks di beberapa buah negara dan dengan bantuan dua bekas pegawai Abu Dhabi, sebuah Emiriah Teluk Parsi yang mempunyai ikatan dengan 1MDB.

“Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting, syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bersama Aabar Investment PJS,”kata WSJ, memetik laporan The Malaysian Insider.

Di dalam pemfailannya, 1MDB dikatakan telah membayar lebih dari US$1 bilion dolar kepada Aabar (tanpa menyatakan nama penuh).

Bagaimanapun, dana tersebut tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya para penyiasat percaya wang tersebut dimasukkan ke syarikat yang mempunyai nama yang hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands.

Wang tersebut yang berjumlah AS$681 juta bagaimanapun berjaya dimasukkan ke dalam akaun Najib selepas pelbagai peringkat pemprosesan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");