Panasnya Hari Ini

AMANAH ‘Buka Pintu’ Untuk Bekerjasama Dengan Tun M

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia untuk ‘membuka pintu’ kerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam misi menyelamatkan negara.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, AMANAH sentiasa bersedia untuk merancang pelbagai program seperti jelajah, himpunan kesedaran dan mengeluarkan kenyataan bersama di dalam misi untuk menyelamatkan negara bersama dengan Tun Mahathir.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih di dalam perbincangan dan keputusan berkaitannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kami sedia bekerjasama (dengan Tun Mahathir) dan semua pihak. Rancangan itu sedang dibincangkan dan kita akan umumkan nanti.

“Kalau Mahathir sudi untuk bersama, kita boleh bekerjasama dalam sebarang bentuk program yang bertujuan menimbulkan kesedaran rakyat,”katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Tun Mahathir dalam satu sidang medianya semalam mengumumkan untuk keluar dari UMNO buat kali kedua.

Kali pertama beliau berbuat demikian adalah pada Mei 2008 dan menyertai semula parti itu pada 2009.

Tindakan beliau untuk keluar dari UMNO adalah berikutan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");